Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda, “ Bermusafir adalah satu penyeksaan.” Namun begitu, Nabi
Muhammad s.a.w. menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak faedah.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “ Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung.” Dan
satu riwayat lain, “Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera.”
Antara adab dan sunnah musafir adalah:
>> Tujuan perjalanan adalah
baik dan betul. Jika musafir tanpa arah tujuan, sudah tentu dia tidak menepati
tujuan baik yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.
>> Jika seseorang ingin bermusafir,
dia patut menunaikan solat sunat dua rakaat di rumahnya iaitu sebelum dia
keluar. Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Perkara yang terbaik yang ditinggalkan
oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir adalah
menunaikan solat dua rakaat.” Inilah langkah pertama yang dilakukan sebelum
seseorang itu keluar dari tempatnya.
>> Rasulullah s.a.w. suka
bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seseorang
seharusnya tidak bermusafir pada hari Jumaat dan menyebabkan dia gagal menunaikan
solat Jumaat.
>> Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda, “Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan.” Kebiasaannya
perjalanan dipermudahkan pada waktu malam. Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w.
bahawa “jarak menjadi singkat di malam hari.”
>> Seseorang perlu membawa
bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali
bermusafir, Nabi Muhammad s.a.w. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa
membawa siwak ketika bermusafir. Baginda jugamembawa sikat, cermin, celak dan
kayu wangi. Kayu wangi ini dinamakan Al-Midra yang digunakan untuk meleraikan
rambut.
· >> Mengucapkan selamat tinggal
kepada ahli keluarga dengan memohon penjagaan daripada Allah s.w.t.. Inilah sunah
yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar
kau dijagai oleh Allah s.w.t. yang takkan hilang jagaan daripadaNya.” Sesungguhnya
Allah s.w.t. akan memelihara setiap jagaanNya.
· >> Sunat bagi meminta didoakan
oleh orang musafir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. meminta salah seorang
sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir.
Apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa mendoakan untuk kami.” Rasulullah s.a.w.
sendiri meminta sahabat mendoakan untuknya.
· >>Apabila keluar dari rumah,
sunat untuk membaca basmalah. “Dengan nama Allah, aku beriman dan bertawakal
kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Allah.” Riwayat lain, “Aku
berpegang kuat kepada Allah.”
> >> Apabila mula menaiki
kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir. Terdapat banyak doa
dan zikir musafir.
·
>> Bagi yang bermusafir,jika
mudah baginya agar memilih teman perjalanan yang baik akhlaknya. Sunat bagi
yang bermusafir secara berkumpulan agar seorang daripada mereka menjadi ketua. Jika
jumlah mereka tiga orang ke atas, mereka perlu bermesyuarat untuk memilih ketua
untuk memimpin dan menyusun program perjalanan mereka. Inilah sunah Rasulullah
s.a.w. yang makin dilupakan.
· >> Sunat bertakbir ketika pada
paras ketinggian dan bertasbih ketika turun ke paras rendah. Ketika menaiki
kapal terbang, apabila ia mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita
bertakbir dan bertasbih ketika turun. Begitu juga kalau kereta menaiki bukit,
jejantas atau kawasan tinggi, sunat bertakbir ketika mendaki ke atas dan
bertasbih ketika menurun.
· >> Juga di antara sunah Nabi
Muhammad s.a.w. ketika bermusafir ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Antara sunnah
Nabi Muhammad s.a.w. adalah mendengar nyanyian. Sebagai bukti Nabi Muhammad
s.a.w. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan, baginda inginkan kita
dalam suasana yang baik, merehat dan menenagkan diri daripada suasana tegang
yang mungkin akan dialami ketika bermusafir.
·
>> Apabila memasuki pekan atau
kampung hendaklah berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap kali baginda memasuki negara atau kampung, baginda akan berdoa agar
Allah permudahkan perjalanannya. Jika sunnah ini diamalkan, Allah akan lindungi
setiap kali melalui sesuatu kawasan.
·
>> Nabi Muhammad s.a.w. juga
berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik dari
musafir. Walaupun hadiah tersebut hanya kecil, tetapi amat bernilai bagi ahli
keluarga, kanak-kanak, sanak-saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati
manusia terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang
membawa hadiah tetapi siapa di antara kita merasai ia adalah sunnah dan ikutan
daripada Rasulullah s.a.w.
Apabila kita
melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalanan kita
perjalanan yang luar biasa, dipenuhi dengan pelbagai manfaat dan mencontohi
penhulu para nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w.
Rujukan: Fattabiouni Malaysia
No comments:
Post a Comment