Wednesday, April 3, 2013

New Toy



setelah sekian lama, dapat jugak akhirnya. alhamdulillah. hasil perkongsian dengan sista terchenta..hahaha

Tuesday, April 2, 2013

“I Love You Allah.” Bagaimana Ekspirasikannya?


Menurut Ibn Qayyim, cinta ada 3 jenis:

  Cinta kepada Allah adalah cinta teragung ()

  Cinta kerana Allah mampu menghantar kepada redha Allah ()

  Cinta bersama Allah adalah menyamakan cinta lain dengan cinta Allah. ()

Cinta bersama Allah seolah-olah meletakkan perkara lain lebih utama daripada Allah. Dan ini sangat bahaya kerana boleh menjerumuskan seseorang ke dalam syirik. Nauzubillah. Dan Allah telah memberi amaran dalam surah at-Taubah ayat 24 kepada sesiapa yang melebih-lebihkan perkara lain selain Allah.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


5 step untuk ekspirasikan cinta kepada Allah:

  Kenal Allah

  Berbaik sangka pada Allah

  Cintai apa yang Dia cintai

  Benci apa yang Dia benci

  Agungkan Dia dengan sebenar-benar keagungan


Apabila kenal Allah, maka perasaan cinta kepadaNya akan wujud.

Bagaimana nak kenal Allah? Semestinya melalui Asma ul-Husna.Sesungguhnya Allah memiliki kesempurnaan yang mutlak. Kita tak mampu melihat zat Allah. Namun harus diyakini bahawa zat Allah tak sama dengan apa yang terjangkau oleh pemikiran kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah as-Syuura ayat 11:




Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 186 :



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

*********************************ustazahfatimahsyarha*************************************