Monday, March 11, 2013

Mencari Diri Menuju Ilahi



Alhamdulillah selesai sudah program Bual Bicara Sinar Hidayah yang bertemakan “Mencari Diri Menuju Ilahi” yang menampilkan Ustaz Hanif Haron dan Diana Amir sebagai tetamu jemputan. Pelbagai input telah dilontarkan dan diharap dapat diserap sepenuhnya ke dalam jiwa mahasiswa yang hadir. Sedikit perkongsian... 

>> Hidayah merupakan petunjuk untuk menyampaikan seseorang kepada perkara yang dituntut. Contoh: solat, puasa, zakat, etc..


>> Taufiq pula adalah perbuatan yang diizinkan oleh Allah yang membantu seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang dituntut.


>> Seseorang memerlukan Allah untuk mengukuhkan hidayah supaya hidayah terus dimiliki.


>> Terdapat empat bahagian hidayah:

• HIDAYATUL WIJDAN---Berbentuk semula jadi. Contoh, bayi menangis kerana lapar. Tangisannya memberi petunjuk kepada orang dewasa supaya memberi makan kepada bayi tersebut. Contoh lain, penyu yang berenang ke pantai untuk bertelur kerana didorong oleh Allah. Maka jelaslah bahawa hidayah milik Allah dan Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya hatta haiwan sekalipun.

• HIDAYATUL HAWAS---Berkenaan pancaindera. Contoh, perasaan suka, gembira, etc. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera seperti menjauhkan diri daripada sesuatu yang bahaya, atau mendekatkan diri kepada sesuatu yang bermanfaat.


• HIDAYATUL ‘AQLI---Manusia diberi akal untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara. Berfikir tentang kejadian langit dan bumi, etc. Supaya terus yakin dengan kewujudan Allah s.w.t..


• HIDAYATUD DIIN---Hidayah agama. Sebagai pegangan, petunjuk tentang kewujudan perkara ghaib seperti kehidupan selepas mati. Untuk membezakan antara hak dan batil berdasarkan kehendak agama, bukan berasaskan akal semata-mata.


>> Cerdik yang sebenar adalah berfikir tentang nasib kehidupan selepas mati.


>> Kalau nak berhijrah perlu ada ilmu, banyak step perlu ikut. Contoh, perbetulkan cara pemakaian, pergaulan, percakapan, etc..


>> Hijrah bukan berlaku sekali sahaja, tetapi perlu sentiasa perbaiki diri kerana banyak perkara perlu dihijrahkan.


>> Hidayah adalah perkara yang dituntut. Hidayah perlu dicari. Hidaya ada permulaan, ada pengakhiran, ada yang zahir dan ada yang batin.


>> Menurut Imam Al-Ghazali, antara usaha untuk mendapat hidayah adalah apabila bangun tidur, hendaklah menyebut nama Allah, membaca doa yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w., berwuduk dan terus mendirikan solat subuh. Sekiranya perkara ini tak dapat dilaksanakan, maka 3 ikatan syaitan ketika tidur akan terus kekal pada tubuh badan seseorang. Perkara ini akan menghalang hidayah hadir dalam diri. Nauzubillah.


>> Hidayah hak mutlak Allah. Tak boleh dijual beli. Hatta orang yang paling kaya di muka bumi ini pun takkan dapat hidayah sekiranya Allah tak izinkan.


>> Makan makanan jasmani, tubuh akan membesar, makan makanan rohani, roh akan membesar. Roh akan membesar tanpa had. Infiniti. Malah roh mampu naik ke langit sekiranya banyak disuapkan dengan makanan rohani. Banyak orang yang bermimpi bertemu Rasulullah adalah disebabkan mereka memiliki roh yang besar.


>> Taubat adalah permulaan mendapat hidayah.


>> Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu tidak mempunyai saham di akhirat, maka ia menjadi sia-sia.


>> Sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Rasulullah s.a.w. tetap mendirikan solat sehingga bengkak kaki baginda (walaupun telah dijamin syurga) kerana ingin menjadi insan yang sentiasa bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, jiwa akan rasa tenang.


>>Ciri-ciri orang yang mendapat hidayah:

• Mula sedar dan berfikir tentang matlamat sebenar hidup di dunia.
• Mudah menerima nasihat, hadir ke majlis-majlis ilmu, menyertai kumpulan usrah, etc..
• Bersyukur
• Istiqamah melakukan ibadah sunat walaupun sedikit.
• Rasa kehilangan sekiranya tidak melakukan amalan sunat. Contoh, dhuha, tahajjud, etc..

>> Individu yang mula berhijrah berpotensi untuk menjadi mangsa tomahan masyarakat sekelilig. Apa yang paling penting, utamakan pandangan Allah, istiqamah beribadat, ikhlas, dan akhir sekali sabar.


>> “Islam datang dalam keadaan yang pelik, bakal berakhir dalam keadaan yang pelik juga menjelang kiamat, maka berbahagialah golongan yang pelik tersebut.”


Mohon diperbetulkan andai tersilap.


Wallahu’alam.


:: Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi ::


ni antara peserta yang hadir. ramai jugak sampai melimpah ke luar dewan yang berkapasiti 700 orang. eh, kakak naqibah aku yang jadik moderator rupanya..huk3

No comments:

Post a Comment