Monday, April 11, 2016

4 Hari 3 Malam ke SABAH



REVIEW khas untuk #sabahbesttravel #sabahredho #percutianamilysabah

Bukan senang nak dapat mood menulis ni. Setahun sekali je mood tu datang. Maka beruntunglah Sabah Best Travel // Sabah Redho Travel Tour kerana kali ini saya akan tulis special review untuk mereka.

Disebabkan promo Air Asia teramat murah, maka kami geng 3P (baca triple P) memutuskan untuk ke Sabah pada cuti semester 7 yang lalu. Dah tahun akhir kan, nak berjalan je la kerjanya. Konon nanti dah tak jumpa lagi lepas habis belajar. Ok kami dapat tiket pergi balik dari KUL-BKI-KUL RM78/pax. Murah gila kan!

Kami pergi 16 orang, 7 lelaki  9 perempuan. Jadi kami ambil 2 homestay, 1 URVAN dan 1 MPV. Lepas dah survey banyak2 travel agencies, kami decide nak guna service #sabahbesttravel. Fazari Sazali (Abi) nama owner dia ni. Sepanjang berurusan dengan dia, awal-awal tu ok je takda masalah. Whatsapp pun laju je balas. Bila dah bank in deposit, mula buat hal. Nak cancel memang tak la. Tak pasal-pasal duit burn. Overall masalah yang kami hadap saya ringkaskan seperti di bawah.

1.         Bayar deposit awal November tahun 2015. Travel pertengahan Januari 2016. Janji nak bagi resit, tapi sampai ke sudah tak dibaginya. Masa minta duit bukan main suruh cepat. Lepas bayar, diam terus. Banyak kali saya ws minta resit tapi alasan dia bagi, sibuk bawa customer, dan janji nak bagi lagi beberapa hari. Asyik repeat the same excuse until the end, no receipt at all. Lepas tu diam terus. Saya ws dan call banyak kali langsung tak berbalas. Akhirnya dia blok nombor phone saya (sebab kawan saya ws acah2 nak book service dia laju je balas).

Akhirnya awal Januari baru dia balas ws saya (itu pun lepas saya gertak dan contact dia guna nombor lain)

2.         Trip kami 16 orang. So dia janji nak bagi 1 URVAN, dan 1 Exora include minyak dan driver. Sampai di airport, Proton Exora tak ada tapi diganti dengan Perodua Alza (ok takpe yg ni masih boleh terima). Oh ya. Malam sebelum berlepas tu dia ws saya tanya siapa yang akan drive kereta. Saya pun terkejut dan argue balik sebab dia janji harga yang kami bayar tu include driver dan minyak. Rupa-rupanya itu hanya untuk van sahaja. Saya pun malas nak gaduh panjang kata ok je (dah mula marah, but still sabar lagi). He supposedly clearly state that earlier sebab masa saya tanya driver utk both van dan mpv ke and he just said ‘ya’. Marah juga sebab kami tak ada peruntukan duit minyak.
3.         Dalam itinerary  sepatutnya kami akan bermalam di Kundasang pada hari kedua. Tapi bila sampai di airport, Abi tu kata ubah tentatif dan kami akan bermalam di Kundasang pada hari ketiga iaitu pada malam terakhir. (We totally got NO problem regarding this issue. Lagi senang tak payah pindah randah banyak kali.)

Malang sekali lagi, kami tak jadi bermalam di Kundasang. Alasan dia bagi, paip air besar di Kundasang pecah dan sebahagian besar kampung- kampung di situ bekalan airnya terputus termasuk di kampung yang akan kami bermalam. Katanya mungkin bekalan air akan pulih lagi 2-3 hari. Kami pun ok kan aje sebab kononnya bukan salah dia la kan. Sampai hari trip kami ke Kundasang, kami perhatikan, air ada je di tandas-tandas awam. Dan driverguide kami kata dia tak tau pun ada paip pecah. Dan kawan-kawan dia yang memang orang Kundasang pun tak tau paip besar Kundasang pecah. Menurut mereka, bekalan air ok je. (Dari situ kami mula syak yang dia ni sebenarnya tak dapatkan pun homestay kami di Kundasang. Mulanya kata tukar tentatif, lepastu paip pecah. Tak pelik ke kan.)

4.         Lepas dah kecewa tak dapat bermalam di Kundasang, driverguide yang sangat sporting tu pun cadangkan mulakan trip seawal 4 pagi. Dia sendiri willing nak gerak awal. Katanya view puncak Kinabalu paling best adalah sesudah matahari terbit. Jadi kami pun setuju. Tapi dia minta kami maklumkan pada Abi. Dipendekkan cerita, kami tak jadi gerak pukul  4 pagi dan terpaksa tukar kereta sebab dia kata Alza yg kami guna tu dah didaftarkan untuk ke Labuan. Dia tak minta maaf langsung. Sebelum tu macam-macam alasan dia bagi tak bagi kami gerak awal (alasan-alasan dia bagi semua tak logik dan nampak sangat menipu).

5.         Island hopping kata RM25/pax. Tiba-tiba malam sebelum tu jadi RM75/pax. Lari bajet, tak jadi pergi. Terkilan juga tak pegi. Sabah kan memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik.

6.         Last but not least, refund homestay Kundasang. Disebabkan homestay KK lagi murah, jadi dia sepatutnya pulangkan RM100. Masa dia kata tak jadi bermalam di Kundasang, dia janji nak bayar refund secepatnya. Tapi sampai akhir trip, dia tak muncul-muncul. Harapnya dapatla jumpa dia di airport. Tapi tak datang juga. Bawa orang katanya. Alasan yang sama. Bila call, janji nak bank in paling lewat esoknya. Tapi hampir dua minggu juga baru dia bank in. Hari-hari dok whatsapp dia suruh tanser cepat. Tapi alasan demi alasan dia bagi. Dan dia Cuma refund RM70 sahaja. Kurang RM30 alasan minyak Alza yang kami tukar tu tak cukup satu bar. Habis dia ingat minyak dia bagi tu cukuplah? Baru jalan tak sampai simpang turun juga satu bar. Menyampah. Malas nak gaduh.

Jadi kesimpulannya, #sabahbesttravel #sabahredho #percutianamilysabah #sabahredhotraveltours ni orang yang sama dan jangan sesekali book trip Sabah dengan makhluk Fazari Sazali ni.

Sabah memang best, malangnya service yang kami dapat sangat teruk. Tapi, tak sesekali spoil mood kami di sana. Mujur ada drierguide yang memahami.

Bukan nak memburukkan, tapi taknak orang lain terkena. Dan kalau owner sabahbesttravel sabah redho travel baca entry ni, saya harap anda berubahla ya. Terlalu banyak lompong dalam service kamu.

Sekian.