Siapa saja lebih memilih tidur daripada bangun, bererti dia memilih kesengsaraan dan kehinaan, dekat dengan kematian, serta lalai atas semua kebaikan.
Tidur merupakan saudara kepada mati. Atas dasar itu, ALlah tidak mungkin tidur, kerana Dia Mahasuci dari segala kekurangan.
Para malaikat saja, kerana dekat dengan-Nya, tidak tidur.
Penghuni syurga, kerana berada ditempat tertinggi, paling suci dan paling mulia, juga tidak tidur kerana tidur tidak bernilai bagi mereka. Sebab itu, semua kebaikan diperoleh dalam keadaan terjaga. Sementara semua keburukan diperoleh dalam keadaan tidur dan lalai.
Siapa saja yang makannya dilandasi hawa nafsu, maka makannya menjadi rakus, dan minumnya pun banyak.
Akibatnya, menjadi sering tidur, yang pada akhirnya dia akan sangat menyesal, kerana begitu banyak kebaikan yang terlepas begitu saja.
( Nasihat Sheikh Abdul Qadir Jailani dalam Kitab Futuh al-Ghaib).