Wednesday, April 3, 2013
Tuesday, April 2, 2013
“I Love You Allah.” Bagaimana Ekspirasikannya?
Menurut Ibn
Qayyim, cinta ada 3 jenis:
♥
Cinta kepada Allah adalah cinta teragung (✓)
♥
Cinta kerana Allah mampu menghantar kepada redha Allah (✓)
♥
Cinta bersama Allah adalah menyamakan cinta lain dengan cinta
Allah. (✗)
Cinta bersama
Allah seolah-olah meletakkan perkara lain lebih utama daripada Allah. Dan ini
sangat bahaya kerana boleh menjerumuskan seseorang ke dalam syirik. Nauzubillah.
Dan Allah telah memberi amaran dalam surah at-Taubah ayat 24 kepada sesiapa
yang melebih-lebihkan perkara lain selain Allah.
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan
saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum
keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu
bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
5 step
untuk ekspirasikan cinta kepada Allah:
♥
Kenal Allah
♥
Berbaik sangka pada Allah
♥
Cintai apa yang Dia cintai
♥
Benci apa yang Dia benci
♥
Agungkan Dia dengan sebenar-benar keagungan
Apabila
kenal Allah, maka perasaan cinta kepadaNya akan wujud.
Bagaimana nak
kenal Allah? Semestinya melalui Asma ul-Husna.Sesungguhnya Allah memiliki
kesempurnaan yang mutlak. Kita tak mampu melihat zat Allah. Namun harus diyakini
bahawa zat Allah tak sama dengan apa yang terjangkau oleh pemikiran kita. Sebagaimana
firman Allah dalam surah as-Syuura ayat 11:
Dia lah
yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan
dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak
pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian
dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang
sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan
Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Firman Allah
lagi dalam surah al-Baqarah ayat 186 :
Dan
apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
*********************************ustazahfatimahsyarha*************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)