Monday, May 27, 2013

P A L I N D R O M E

Pernahkah anda dengar tentang "Palindrom" ?

Istilah palindrom bermaksud perkataan yang boleh dibaca dari depan ke belakang dan dari belakang ke depan. Umumnya perkataan yang mempunyai ciri-ciri palindrome ini amat sukar untuk ditemui dan dikesan. Malah untuk mencipta satu perkataan akan memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bahasa. Contoh-contoh ayat palindrome dalam dunia ini yang telah dicipta oleh ahli sasterawan dunia ialah:

-civic, level, racecar, rotator, Malayalam
-Was it a rat I saw?
-Mr. Owl ate my metal worm
-58285
-20/02/2002

Contoh di atas adalah hasil ciptaan manusia setelah sekian lama mereka mendalami ilmu bahasa. Tapi apa kaitannya dengan Al-Quran? Inilah hasil kajian beberapa ulama-ulama di seluruh dunia. Berikut adalah palindrome yang dijumpai dalam Al-Quran:

-كل في فلك ( dalam surah yassin ayat 40 dan surah anbiya' ayat 33)
-ربك فكبر ( dalam surah al-muddasir ayat 3)

Fenomena yang lebih menarik dari palindromes digunakan dalam Al-Quran adalah konteks di mana mereka digunakan. Dua ayat pertama di atas ( dalam surah yassin ayat 40 dan surah anbiya' ayat 33), contohnya, berbicara tentang gerakan fizikal Matahari dan Bulan. Gerakan itu menjadi orbit dengan masing-masing mempamerkan tubuh semacam palindrom virtual. Tak faham? Maksudnya, matahari dan bulan tu, kalau depa pusing patah balik pun, depa tetap duk kat orbit tu jugak. Serupa macam palindrom la.

"Sebagai contoh, satu ayat di dalam Al Quran yang terlibat dalam sebuah perbincangan besar adalah ayat ربك فكبر, "Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!".

Al Quran adalah gabungan antara seni dan isi. Isinya begitu cantik dan ayat tersebut menerangkan tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan.

Apa yang menariknya ialah ayat "ربك فكبر" adalah ayat palindrom. Dalam erti kata lain, sebutan ayat tersebut tetap sama walaupun ia diterbalikkan. Jadi Al Quran menyuruh kita memuji kebesaran Tuhan dalam cara yang berkait dengan linguistik bahasa.

Namun, apabila kamu ingin membuat sebuah palindrom dalam bahasa Inggeris seperti "Race car", "Bob", "Dad", ataupun apa-apa yang berkaitan. Mungkin senang kita nak buat satu atau dua perkataan yang palindrom, tapi kalau satu ayat?

Terdapat beberapa contoh di dalam Quran dan perlu diingatkan bahawa isi Al Quran tidak berubah kerana ia saling bersambung antara satu sama lain. Walaupun begitu, masih terdapat palindrom di dalamnya! Ini baru saja satu contoh antara banyak lagi contoh lain di dalam Quran yang menunjukkan kecantikan bahasanya.

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang itu perlukan kepakaran bahasa yang tinggi untuk mencipta ayat yang sungguh sempurna dan hebat. Namun begitu kenapa masih ada orang yang berkata bahawa Al-Quran adalam kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdullah? Sedangkan Muhammad bin Abdullah adalah seorang yang tidak boleh membaca. Ini berdasarkan dalil di dalam Al-Quran:

"Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun sebelumnya dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (Kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [Al-‘Ankabut:48]

Hal ini telah membuktikan bahawa Al-Quran bukan kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdullah tapi Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat Qadim (sedia) dan diturunkan kepada junjungan besar Muhammad SAW selama 23 tahun. Penemuan ini bagaimanapun hanyalah seperti dihujung bongkah aisberg yang besar kerana masih banyak lagi kehebatan dan keindahan Al-Quran yang masih belum ditemui. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana dialah Tuhan yang Maha Agung dan Tuhan Yang Satu.

Wallahu'alam...

Wednesday, April 3, 2013

New Toy



setelah sekian lama, dapat jugak akhirnya. alhamdulillah. hasil perkongsian dengan sista terchenta..hahaha

Tuesday, April 2, 2013

“I Love You Allah.” Bagaimana Ekspirasikannya?


Menurut Ibn Qayyim, cinta ada 3 jenis:

  Cinta kepada Allah adalah cinta teragung ()

  Cinta kerana Allah mampu menghantar kepada redha Allah ()

  Cinta bersama Allah adalah menyamakan cinta lain dengan cinta Allah. ()

Cinta bersama Allah seolah-olah meletakkan perkara lain lebih utama daripada Allah. Dan ini sangat bahaya kerana boleh menjerumuskan seseorang ke dalam syirik. Nauzubillah. Dan Allah telah memberi amaran dalam surah at-Taubah ayat 24 kepada sesiapa yang melebih-lebihkan perkara lain selain Allah.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


5 step untuk ekspirasikan cinta kepada Allah:

  Kenal Allah

  Berbaik sangka pada Allah

  Cintai apa yang Dia cintai

  Benci apa yang Dia benci

  Agungkan Dia dengan sebenar-benar keagungan


Apabila kenal Allah, maka perasaan cinta kepadaNya akan wujud.

Bagaimana nak kenal Allah? Semestinya melalui Asma ul-Husna.Sesungguhnya Allah memiliki kesempurnaan yang mutlak. Kita tak mampu melihat zat Allah. Namun harus diyakini bahawa zat Allah tak sama dengan apa yang terjangkau oleh pemikiran kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah as-Syuura ayat 11:




Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 186 :



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

*********************************ustazahfatimahsyarha*************************************

Friday, March 29, 2013

How To Change The World

To be a better place....


1.     Jadilah pemuda yang berakhlak

2.     Jadilah pemuda yang terbaik

3.     Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.

4.     Jadilah pemuda yang berjiwa dakwah

5.     Jadilah pemuda yang ada cinta

6.     Jadilah pemuda yang hidup dengan perjuangan


.....you cannot change the world IF you cannot change yourself


***********************************imammudaazhar*****************************************

10 Perkara yang Menyebabkan Hati MATI

1. Mengetahui tentang kewajipan terhadap Allah, tetapi masih melakukan maksiat.

2. Berazam kasih dan sayang terhadap Nabi Muhammad s.a.w., tetapi tidak mengamalkan sunnah-sunnah
    baginda.

3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

4. Makan daripada rezeki Allah tetapi tidak bersyukur dengan nikmat Allah.

5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi masih ikut telunjuk syaitan.

6. Yakin bahawa syurga itu benar tetapi tidak beramal untuk melayakkan diri masuk ke syurga Allah.

7. Mengatakan bahawa neraka itu benar tetapi tidak meninggalkan perkara-perkara yang membawa ke
    neraka.

8. Yakin bahawa mati itu benar tetapi tidak melakukan persediaan untuk menghadapi mati.

9. Sibuk bercerita tentang orang lain tetapi tidak sibuk memikirkan diri sendiri.

10. Telah kebumikan mayat yang meninggal dunia, tetapi tidak mengambil iktibar terhadapnya.


************************************ustazhanifharon***************************************

Thursday, March 14, 2013

WANITA MUSLIMAH TAK GUNA.....

Assalamualaikum w.b.t..
Mohon antunna tetap tenang dan teruskan membaca (:

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.


3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?


9. Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


10. Jadilah perempuan Islam & muslimah yang B E R G U N A


"Hendaklah mereka (wanita) menahanpandangannya, dan kemaluannya, danjanganlah mereka menampakkanperhiasannya, kecuali yang (biasa)nampak dari padanya. Dan hendaklahmereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkanperhiasannya (auratnya) kecuali kepadamahram mereka.” (Surah an-Nuur 24: 31)


peringatan ni untuk ana n smua muslimah :)


kepada muslimin pula, antum boleh nasihatkan kakak, adik, ibu, nenek, saudara perempuan, teman n sesiapa saja muslimah disekeliling antum


wallahu'alam.


Moga bermanfaat.

Monday, March 11, 2013

Mencari Diri Menuju Ilahi



Alhamdulillah selesai sudah program Bual Bicara Sinar Hidayah yang bertemakan “Mencari Diri Menuju Ilahi” yang menampilkan Ustaz Hanif Haron dan Diana Amir sebagai tetamu jemputan. Pelbagai input telah dilontarkan dan diharap dapat diserap sepenuhnya ke dalam jiwa mahasiswa yang hadir. Sedikit perkongsian... 

>> Hidayah merupakan petunjuk untuk menyampaikan seseorang kepada perkara yang dituntut. Contoh: solat, puasa, zakat, etc..


>> Taufiq pula adalah perbuatan yang diizinkan oleh Allah yang membantu seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang dituntut.


>> Seseorang memerlukan Allah untuk mengukuhkan hidayah supaya hidayah terus dimiliki.


>> Terdapat empat bahagian hidayah:

• HIDAYATUL WIJDAN---Berbentuk semula jadi. Contoh, bayi menangis kerana lapar. Tangisannya memberi petunjuk kepada orang dewasa supaya memberi makan kepada bayi tersebut. Contoh lain, penyu yang berenang ke pantai untuk bertelur kerana didorong oleh Allah. Maka jelaslah bahawa hidayah milik Allah dan Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya hatta haiwan sekalipun.

• HIDAYATUL HAWAS---Berkenaan pancaindera. Contoh, perasaan suka, gembira, etc. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera seperti menjauhkan diri daripada sesuatu yang bahaya, atau mendekatkan diri kepada sesuatu yang bermanfaat.


• HIDAYATUL ‘AQLI---Manusia diberi akal untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara. Berfikir tentang kejadian langit dan bumi, etc. Supaya terus yakin dengan kewujudan Allah s.w.t..


• HIDAYATUD DIIN---Hidayah agama. Sebagai pegangan, petunjuk tentang kewujudan perkara ghaib seperti kehidupan selepas mati. Untuk membezakan antara hak dan batil berdasarkan kehendak agama, bukan berasaskan akal semata-mata.


>> Cerdik yang sebenar adalah berfikir tentang nasib kehidupan selepas mati.


>> Kalau nak berhijrah perlu ada ilmu, banyak step perlu ikut. Contoh, perbetulkan cara pemakaian, pergaulan, percakapan, etc..


>> Hijrah bukan berlaku sekali sahaja, tetapi perlu sentiasa perbaiki diri kerana banyak perkara perlu dihijrahkan.


>> Hidayah adalah perkara yang dituntut. Hidayah perlu dicari. Hidaya ada permulaan, ada pengakhiran, ada yang zahir dan ada yang batin.


>> Menurut Imam Al-Ghazali, antara usaha untuk mendapat hidayah adalah apabila bangun tidur, hendaklah menyebut nama Allah, membaca doa yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w., berwuduk dan terus mendirikan solat subuh. Sekiranya perkara ini tak dapat dilaksanakan, maka 3 ikatan syaitan ketika tidur akan terus kekal pada tubuh badan seseorang. Perkara ini akan menghalang hidayah hadir dalam diri. Nauzubillah.


>> Hidayah hak mutlak Allah. Tak boleh dijual beli. Hatta orang yang paling kaya di muka bumi ini pun takkan dapat hidayah sekiranya Allah tak izinkan.


>> Makan makanan jasmani, tubuh akan membesar, makan makanan rohani, roh akan membesar. Roh akan membesar tanpa had. Infiniti. Malah roh mampu naik ke langit sekiranya banyak disuapkan dengan makanan rohani. Banyak orang yang bermimpi bertemu Rasulullah adalah disebabkan mereka memiliki roh yang besar.


>> Taubat adalah permulaan mendapat hidayah.


>> Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu tidak mempunyai saham di akhirat, maka ia menjadi sia-sia.


>> Sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Rasulullah s.a.w. tetap mendirikan solat sehingga bengkak kaki baginda (walaupun telah dijamin syurga) kerana ingin menjadi insan yang sentiasa bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, jiwa akan rasa tenang.


>>Ciri-ciri orang yang mendapat hidayah:

• Mula sedar dan berfikir tentang matlamat sebenar hidup di dunia.
• Mudah menerima nasihat, hadir ke majlis-majlis ilmu, menyertai kumpulan usrah, etc..
• Bersyukur
• Istiqamah melakukan ibadah sunat walaupun sedikit.
• Rasa kehilangan sekiranya tidak melakukan amalan sunat. Contoh, dhuha, tahajjud, etc..

>> Individu yang mula berhijrah berpotensi untuk menjadi mangsa tomahan masyarakat sekelilig. Apa yang paling penting, utamakan pandangan Allah, istiqamah beribadat, ikhlas, dan akhir sekali sabar.


>> “Islam datang dalam keadaan yang pelik, bakal berakhir dalam keadaan yang pelik juga menjelang kiamat, maka berbahagialah golongan yang pelik tersebut.”


Mohon diperbetulkan andai tersilap.


Wallahu’alam.


:: Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi ::


ni antara peserta yang hadir. ramai jugak sampai melimpah ke luar dewan yang berkapasiti 700 orang. eh, kakak naqibah aku yang jadik moderator rupanya..huk3