Monday, March 11, 2013

Mencari Diri Menuju Ilahi



Alhamdulillah selesai sudah program Bual Bicara Sinar Hidayah yang bertemakan “Mencari Diri Menuju Ilahi” yang menampilkan Ustaz Hanif Haron dan Diana Amir sebagai tetamu jemputan. Pelbagai input telah dilontarkan dan diharap dapat diserap sepenuhnya ke dalam jiwa mahasiswa yang hadir. Sedikit perkongsian... 

>> Hidayah merupakan petunjuk untuk menyampaikan seseorang kepada perkara yang dituntut. Contoh: solat, puasa, zakat, etc..


>> Taufiq pula adalah perbuatan yang diizinkan oleh Allah yang membantu seseorang untuk melakukan perkara-perkara yang dituntut.


>> Seseorang memerlukan Allah untuk mengukuhkan hidayah supaya hidayah terus dimiliki.


>> Terdapat empat bahagian hidayah:

• HIDAYATUL WIJDAN---Berbentuk semula jadi. Contoh, bayi menangis kerana lapar. Tangisannya memberi petunjuk kepada orang dewasa supaya memberi makan kepada bayi tersebut. Contoh lain, penyu yang berenang ke pantai untuk bertelur kerana didorong oleh Allah. Maka jelaslah bahawa hidayah milik Allah dan Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya hatta haiwan sekalipun.

• HIDAYATUL HAWAS---Berkenaan pancaindera. Contoh, perasaan suka, gembira, etc. Petunjuk yang terhasil daripada rangsangan pancaindera seperti menjauhkan diri daripada sesuatu yang bahaya, atau mendekatkan diri kepada sesuatu yang bermanfaat.


• HIDAYATUL ‘AQLI---Manusia diberi akal untuk berfikir dan menilai sesuatu perkara. Berfikir tentang kejadian langit dan bumi, etc. Supaya terus yakin dengan kewujudan Allah s.w.t..


• HIDAYATUD DIIN---Hidayah agama. Sebagai pegangan, petunjuk tentang kewujudan perkara ghaib seperti kehidupan selepas mati. Untuk membezakan antara hak dan batil berdasarkan kehendak agama, bukan berasaskan akal semata-mata.


>> Cerdik yang sebenar adalah berfikir tentang nasib kehidupan selepas mati.


>> Kalau nak berhijrah perlu ada ilmu, banyak step perlu ikut. Contoh, perbetulkan cara pemakaian, pergaulan, percakapan, etc..


>> Hijrah bukan berlaku sekali sahaja, tetapi perlu sentiasa perbaiki diri kerana banyak perkara perlu dihijrahkan.


>> Hidayah adalah perkara yang dituntut. Hidayah perlu dicari. Hidaya ada permulaan, ada pengakhiran, ada yang zahir dan ada yang batin.


>> Menurut Imam Al-Ghazali, antara usaha untuk mendapat hidayah adalah apabila bangun tidur, hendaklah menyebut nama Allah, membaca doa yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w., berwuduk dan terus mendirikan solat subuh. Sekiranya perkara ini tak dapat dilaksanakan, maka 3 ikatan syaitan ketika tidur akan terus kekal pada tubuh badan seseorang. Perkara ini akan menghalang hidayah hadir dalam diri. Nauzubillah.


>> Hidayah hak mutlak Allah. Tak boleh dijual beli. Hatta orang yang paling kaya di muka bumi ini pun takkan dapat hidayah sekiranya Allah tak izinkan.


>> Makan makanan jasmani, tubuh akan membesar, makan makanan rohani, roh akan membesar. Roh akan membesar tanpa had. Infiniti. Malah roh mampu naik ke langit sekiranya banyak disuapkan dengan makanan rohani. Banyak orang yang bermimpi bertemu Rasulullah adalah disebabkan mereka memiliki roh yang besar.


>> Taubat adalah permulaan mendapat hidayah.


>> Sekiranya pekerjaan yang dilakukan itu tidak mempunyai saham di akhirat, maka ia menjadi sia-sia.


>> Sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Rasulullah s.a.w. tetap mendirikan solat sehingga bengkak kaki baginda (walaupun telah dijamin syurga) kerana ingin menjadi insan yang sentiasa bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, jiwa akan rasa tenang.


>>Ciri-ciri orang yang mendapat hidayah:

• Mula sedar dan berfikir tentang matlamat sebenar hidup di dunia.
• Mudah menerima nasihat, hadir ke majlis-majlis ilmu, menyertai kumpulan usrah, etc..
• Bersyukur
• Istiqamah melakukan ibadah sunat walaupun sedikit.
• Rasa kehilangan sekiranya tidak melakukan amalan sunat. Contoh, dhuha, tahajjud, etc..

>> Individu yang mula berhijrah berpotensi untuk menjadi mangsa tomahan masyarakat sekelilig. Apa yang paling penting, utamakan pandangan Allah, istiqamah beribadat, ikhlas, dan akhir sekali sabar.


>> “Islam datang dalam keadaan yang pelik, bakal berakhir dalam keadaan yang pelik juga menjelang kiamat, maka berbahagialah golongan yang pelik tersebut.”


Mohon diperbetulkan andai tersilap.


Wallahu’alam.


:: Muhasabah Diri, Hiasi Peribadi ::


ni antara peserta yang hadir. ramai jugak sampai melimpah ke luar dewan yang berkapasiti 700 orang. eh, kakak naqibah aku yang jadik moderator rupanya..huk3

Friday, December 28, 2012

Cepatlah bulan Februari....

Dengar dulu...





huh..cmne? "indah alunan nyanyian lagu tema die." petikan kata-kata seorang sahabat. Eh kenapa cakap pasal tema pulak kan. ok actually lagu ni dicipta khas untuk buku Sirah Teragung Muhammad s.a.w..

For the first time I heard this song was of course in radio IKIM.fm. Pagi2 bute dinihari tu ikim pasang lagu ni, Allah... bayangkanla perasaan masa tu. Syahdu sangat. Lirik dan lagu ni ada aura tersendiri, dari segi bait-baitnya dan melodinya. Well done Hafiz Hamidun. You have done a very good job. Membangkitkan rasa cinta dan rindu pada insan teragung Muhammad s.a.w.. Selawat dan salam buat baginda. 
اللهم صلي على محمد 

Cepatlah bulan Februari............Moga Allah sampaikan aku di sana. Ameeennnn..

Nah lirik lagu tadi


Kasih Padamu
::Hafiz Hamidun::

Rasulullah dalam sirahMu
 Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Kau diutus atas nama kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga


Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah


Rasulullah engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Sahih hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat


Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu


Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah
Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu
Mengalir air mataku…..

***********************************************************

Monday, August 6, 2012

All I Need Are....

First and foremost, a big thank you to my sis Nur Husna and her hubby for their willing to sponsor a set of stationary for me. Here is the list that I wish...

1. PEN of course. nak yang ni eh


2. MECHANICAL PENCIL. yang lama dah rosak. tak payah shaker2..gambar sebagai hiasan :p


3. dah ada pencil, mestila ada LEAD sekali kan..hehe

4. CORRECTION TAPE. senang nak guna


5. NOTEBOOKS


6. FILES


7. STICKY NOTES


8. PAPER CLIPS. nak yang comel-comel ^_^



9. TACK-IT. senang nak lekat apa-apa



10. A4 PAPER. kalau boleh Double A eh. ni nak 2. lebih lagi bagusssss ^_^


11. FOOLSCAPE PAPER



12. A4 COLOURED PAPER



13. BIG PUNCHER AND STAPLER



14. REINFORCEMENT RING



15. BINDING TAPE..nak bind esaimen


16. CLIPBOARD. ni nak alas tulis2 kat lectura ;)


17. PLASTIC TRANSPARENT A4 SIZE.. as a cover



18. LETTER TRAY..senang nak letak kertas



setakat ni yang tu je lah..sekian terima kasih. weeeee~ ^_^

Monday, July 30, 2012

Tips Menguatkan Ingatan


Jom baca dan praktikkan ye....

 
1.Amalkan Tidur Yang Cukup





1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, amalkan
tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu
daya ingatan kita berfungsi.

2.Mengawal Tekanan




Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram
dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu,
kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi,
membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan
sebagainya.

3.Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan



Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak
sesuai dengan kita. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan
vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan
yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum
membeli makanan tambahan.

4.Bersenam


Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan
peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga
akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun
sekadar berjalan kaki.

5.Elakkan Kemurungan



Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda
tidak ceria. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius
dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan
diri kepada Tuhan.


6.Belajar Sesuatu yang Baru




Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu
yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka
pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7.Permainan



Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat
merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba)
dan Monopoli. Selain itu, amalkan juga permainan yang
melatih minda dan kekuatan seperti memanah, berenang
dan berkuda.


8.Fokus




Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus
dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat
belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu
perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.


9.Membaca Al-Quran



Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran
walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat
menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya
ingatan dengan lebih baik.


10.Makanan-makanan untuk kuat ingatan dan membasmi kelupaan.


1. Manisan madu lebah asli.


2. Air zam zam

3. Kurma

 4. Susu segar

5. Kismis

6. Halia.

7. Kekacang

8. Lobak.

9. Bunga cengkih.

10. Daging burung merpati.

11. Minyak sapi.

12. Za’faran

14.Buah-buahan

15.Sayur-sayuran

Thursday, July 26, 2012

Tips Belajar dan Berkawan di IPT


Dalam kehidupan di IPTA atau IPTS, ranjau dan cabaran pasti akan ditempuhi. Ianya bukan sahaja dalam aspek kewangan, pelajaran malah juga aspek persahabatan.

Oleh itu, dalam perhubungan bersama rakan-rakan  di IPTA atau IPTS, hubungan yang baik dan mesra mestilah diwujudkan.


Jom baca dan hayatinya..

 
1.Jangan terlalu merendah diri
Jangan terlalu merendah diri dengan apa yang ada. Jangan
fikir bahawa apabila melihat orang lain trendy atau up to date,
anda mula hilang keyakinan dan merasakan tidak layak
berkawan dengan orang lain. Hiduplah seperti biasa dan
sentiasa menjadi seorang yang ceria!

 
2.Sentiasa berikan kerjasama
Apabila ada sesuatu program atau aktiviti asrama contohnya,
sentiasalah berikan kerjasama yang baik. Cuba libatkan dalam
aktiviti-aktiviti berfaedah bersama rakan-rakan dan belajarlah
dengan melakukannya demi kebaikan bersama dan semua
orang pasti akan rasa senang dengan anda!

3.Sekali sekala ada unsur lawak
Yang paling penting dalam persahabatan ialah cuba menampakkan
siri jenaka dalam diri anda sekali kala. Selalunya orang suka
dengan orang yang boleh memberikan sedikit keceriaan
daripada orang yang pasif.
Tapi janganlah sampai menyinggung
perasaan orang lain pula. Dan yang paling penting ,dalam jenaka
itu juga jagalah hak batasan pergaulan sesama lelaki atau perempuan!
 
4.Jangan Fokus pada satu orang sahaja
Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, elakkan musuh
walaupun seorang. Oleh itu, jika terdapat teman baru, jangan
fokuskan kepada seseorang sahaja.






Bercakaplah dengan semua orang di sekeliling anda. Wujudkan hubungan mesra dan harmonis.
Namun teman perempuan mestilah mesra sesama perempuan
sahaja, bukan pula dengan lelaki ye!

5.Sentiasa berdoa agar mudah dipertemukan sahabat sejati
Dalam berkawan juga, anda jangan lupa yang ALLAH selalu di
samping kita. Oleh itu, sentiasa berdoa dan bertawakal agar
sahabat-sahabat yang dikurniakan kepada kita nanti seorang
yang mudah menolong dan sahabat sejati. InsyALLAH..

Semoga dengan tips yang dihasilkan ini dapat membantu
kalian di IPT atau di mana jua sekalipun. InsyALLAH..