Monday, April 11, 2016

4 Hari 3 Malam ke SABAH



REVIEW khas untuk #sabahbesttravel #sabahredho #percutianamilysabah

Bukan senang nak dapat mood menulis ni. Setahun sekali je mood tu datang. Maka beruntunglah Sabah Best Travel // Sabah Redho Travel Tour kerana kali ini saya akan tulis special review untuk mereka.

Disebabkan promo Air Asia teramat murah, maka kami geng 3P (baca triple P) memutuskan untuk ke Sabah pada cuti semester 7 yang lalu. Dah tahun akhir kan, nak berjalan je la kerjanya. Konon nanti dah tak jumpa lagi lepas habis belajar. Ok kami dapat tiket pergi balik dari KUL-BKI-KUL RM78/pax. Murah gila kan!

Kami pergi 16 orang, 7 lelaki  9 perempuan. Jadi kami ambil 2 homestay, 1 URVAN dan 1 MPV. Lepas dah survey banyak2 travel agencies, kami decide nak guna service #sabahbesttravel. Fazari Sazali (Abi) nama owner dia ni. Sepanjang berurusan dengan dia, awal-awal tu ok je takda masalah. Whatsapp pun laju je balas. Bila dah bank in deposit, mula buat hal. Nak cancel memang tak la. Tak pasal-pasal duit burn. Overall masalah yang kami hadap saya ringkaskan seperti di bawah.

1.         Bayar deposit awal November tahun 2015. Travel pertengahan Januari 2016. Janji nak bagi resit, tapi sampai ke sudah tak dibaginya. Masa minta duit bukan main suruh cepat. Lepas bayar, diam terus. Banyak kali saya ws minta resit tapi alasan dia bagi, sibuk bawa customer, dan janji nak bagi lagi beberapa hari. Asyik repeat the same excuse until the end, no receipt at all. Lepas tu diam terus. Saya ws dan call banyak kali langsung tak berbalas. Akhirnya dia blok nombor phone saya (sebab kawan saya ws acah2 nak book service dia laju je balas).

Akhirnya awal Januari baru dia balas ws saya (itu pun lepas saya gertak dan contact dia guna nombor lain)

2.         Trip kami 16 orang. So dia janji nak bagi 1 URVAN, dan 1 Exora include minyak dan driver. Sampai di airport, Proton Exora tak ada tapi diganti dengan Perodua Alza (ok takpe yg ni masih boleh terima). Oh ya. Malam sebelum berlepas tu dia ws saya tanya siapa yang akan drive kereta. Saya pun terkejut dan argue balik sebab dia janji harga yang kami bayar tu include driver dan minyak. Rupa-rupanya itu hanya untuk van sahaja. Saya pun malas nak gaduh panjang kata ok je (dah mula marah, but still sabar lagi). He supposedly clearly state that earlier sebab masa saya tanya driver utk both van dan mpv ke and he just said ‘ya’. Marah juga sebab kami tak ada peruntukan duit minyak.
3.         Dalam itinerary  sepatutnya kami akan bermalam di Kundasang pada hari kedua. Tapi bila sampai di airport, Abi tu kata ubah tentatif dan kami akan bermalam di Kundasang pada hari ketiga iaitu pada malam terakhir. (We totally got NO problem regarding this issue. Lagi senang tak payah pindah randah banyak kali.)

Malang sekali lagi, kami tak jadi bermalam di Kundasang. Alasan dia bagi, paip air besar di Kundasang pecah dan sebahagian besar kampung- kampung di situ bekalan airnya terputus termasuk di kampung yang akan kami bermalam. Katanya mungkin bekalan air akan pulih lagi 2-3 hari. Kami pun ok kan aje sebab kononnya bukan salah dia la kan. Sampai hari trip kami ke Kundasang, kami perhatikan, air ada je di tandas-tandas awam. Dan driverguide kami kata dia tak tau pun ada paip pecah. Dan kawan-kawan dia yang memang orang Kundasang pun tak tau paip besar Kundasang pecah. Menurut mereka, bekalan air ok je. (Dari situ kami mula syak yang dia ni sebenarnya tak dapatkan pun homestay kami di Kundasang. Mulanya kata tukar tentatif, lepastu paip pecah. Tak pelik ke kan.)

4.         Lepas dah kecewa tak dapat bermalam di Kundasang, driverguide yang sangat sporting tu pun cadangkan mulakan trip seawal 4 pagi. Dia sendiri willing nak gerak awal. Katanya view puncak Kinabalu paling best adalah sesudah matahari terbit. Jadi kami pun setuju. Tapi dia minta kami maklumkan pada Abi. Dipendekkan cerita, kami tak jadi gerak pukul  4 pagi dan terpaksa tukar kereta sebab dia kata Alza yg kami guna tu dah didaftarkan untuk ke Labuan. Dia tak minta maaf langsung. Sebelum tu macam-macam alasan dia bagi tak bagi kami gerak awal (alasan-alasan dia bagi semua tak logik dan nampak sangat menipu).

5.         Island hopping kata RM25/pax. Tiba-tiba malam sebelum tu jadi RM75/pax. Lari bajet, tak jadi pergi. Terkilan juga tak pegi. Sabah kan memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik.

6.         Last but not least, refund homestay Kundasang. Disebabkan homestay KK lagi murah, jadi dia sepatutnya pulangkan RM100. Masa dia kata tak jadi bermalam di Kundasang, dia janji nak bayar refund secepatnya. Tapi sampai akhir trip, dia tak muncul-muncul. Harapnya dapatla jumpa dia di airport. Tapi tak datang juga. Bawa orang katanya. Alasan yang sama. Bila call, janji nak bank in paling lewat esoknya. Tapi hampir dua minggu juga baru dia bank in. Hari-hari dok whatsapp dia suruh tanser cepat. Tapi alasan demi alasan dia bagi. Dan dia Cuma refund RM70 sahaja. Kurang RM30 alasan minyak Alza yang kami tukar tu tak cukup satu bar. Habis dia ingat minyak dia bagi tu cukuplah? Baru jalan tak sampai simpang turun juga satu bar. Menyampah. Malas nak gaduh.

Jadi kesimpulannya, #sabahbesttravel #sabahredho #percutianamilysabah #sabahredhotraveltours ni orang yang sama dan jangan sesekali book trip Sabah dengan makhluk Fazari Sazali ni.

Sabah memang best, malangnya service yang kami dapat sangat teruk. Tapi, tak sesekali spoil mood kami di sana. Mujur ada drierguide yang memahami.

Bukan nak memburukkan, tapi taknak orang lain terkena. Dan kalau owner sabahbesttravel sabah redho travel baca entry ni, saya harap anda berubahla ya. Terlalu banyak lompong dalam service kamu.

Sekian.

Tuesday, March 1, 2016

Engkau banyak tidur !

Siapa saja lebih memilih tidur daripada bangun, bererti dia memilih kesengsaraan dan kehinaan, dekat dengan kematian, serta lalai atas semua kebaikan.
Tidur merupakan saudara kepada mati. Atas dasar itu, ALlah tidak mungkin tidur, kerana Dia Mahasuci dari segala kekurangan.

Para malaikat saja, kerana dekat dengan-Nya, tidak tidur.

Penghuni syurga, kerana berada ditempat tertinggi, paling suci dan paling mulia, juga tidak tidur kerana tidur tidak bernilai bagi mereka. Sebab itu, semua kebaikan diperoleh dalam keadaan terjaga. Sementara semua keburukan diperoleh dalam keadaan tidur dan lalai.
Siapa saja yang makannya dilandasi hawa nafsu, maka makannya menjadi rakus, dan minumnya pun banyak.
Akibatnya, menjadi sering tidur, yang pada akhirnya dia akan sangat menyesal, kerana begitu banyak kebaikan yang terlepas begitu saja.
( Nasihat Sheikh Abdul Qadir Jailani dalam Kitab Futuh al-Ghaib).

Friday, May 15, 2015

Ketika Diuji



Di saat kita tertawa gembira, mungkin ada yang sedang berduka. Boleh jadi mereka itu adalah ahli keluarga kita, mungkin juga guru-guru kita, sahabat, ataupun orang yang terdekat. Walau apapun gelaran, mereka tetap saudara kita. Mereka sedang bersedih. Mereka sedang diuji Tuhan!

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan,

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ فِي الدُّنْيَا يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ.
(رواه مسلم)

“Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah s.w.t. akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat. Barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, pasti Allah s.w.t. akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat...”
(H.R.Muslim)

Jika ada kudrat, bantulah semampunya. Tetapi jika kita tidak punya apa, doakan saja semoga dipermudahkan urusan mereka dan kita sebaik-baiknya. 

Percayalah, setiap manusia diuji sesuai dengan kadar dan kemampuannya. Walaupun dirasakan ujian itu terlalu berat, yakinlah ia pasti dapat ditempuhi dengan izin Allah s.w.t.

لَا يُكَلِّفُ الللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
(Al-Baqarah: 286)


~Wallahu’alam~

Wednesday, November 26, 2014

BELANJA MAKAN

Hujung-hujung sem ni, ramai pula offer diri nak belanja makan. Syukur alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Nabi s.a.w. ajar, kalau ada orang beri makan, atau belanja kita makan, doakan dia dengan doa ini : 

اللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِي وَأَسْقِ مَنْ أَسْقَانِي

"Ya Allah, berikanlah makna kepada orang yang memberiku makan,
dan berikanlah minum kepada orang yang memberiku minum."


Doa ini terkandung dalam Hadith sahih riwayat Muslim dan Imam Ahmad. Jom sama-sama amalkan.

Wednesday, September 10, 2014

Hati Jangan Mati

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Punya

Hati untuk Allah
Hati milik Allah
Dialah Yang Maha Kuasa

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Begitu lemahnya kita sebagai insan
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya
Begitu lemahnya kita sebagai hamba
Mudahnya hati menuju jurang terja

Bersihnya hati
Bersihnya jiwa
Hanyalah untuk orang beriman



Monday, May 12, 2014

Stay up? Tidak lagi...

Antara strategi Rasullah dalam peperangan adalah Baginda akan keluar awal pagi untuk berperang. Begitu juga yang dilakukan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. 

Ini kerana Baginda tahu bahawa orang Kafir akan menghabiskan waktu malam mereka untuk berfoya-foya dan menjadikan waktu siang mereka untuk tidur. Berlainan pula degan orang beriman. Mereka akan bangun bertahajjud kepada Allah pada waktu 2/3 malam.

“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar.” (Yunus:67)

Jadi, awas la bagi mereka yang selalu berjaga pada waktu malam dan banyak tidur pada siang hari.

Wallahu'alam.

Saturday, January 4, 2014

Baca AlQuran, Adakah dgn Faham & Tadabbur?

Dalam AlQuran, ada disebutkan perkataan "Ahsan" beberapa kali, antara tiga yg terpenting utk kita beri penekanan adalah;
  • Ahsanu Qaula
  • Ahsani Taqwim
  • Ahsanu 'Amala 

1. Cakap perkara betul, ilmu ada, tapi tidak mengajak kepada (agama) Allah dan tidak menjaga adab, kita melihat golongan sebegini lazimnya ditolak kata-kata mereka. Tak mengapa berkeras atau tegas sedikit dalam percakapan, namun isi utamanya adalah,*** Jangan mengajak kepada selain kepada Allah,*** Jangan berbahasa kesat, mencarut dan menghina/meremehkan tanpa haq (Kibr)

2. Insan dijadikan sebagai "Sebaik-baik Ciptaan", dengan postur tubuh dan anggota badan yg terbaik, akal yg hebat,Namun Sekiranya Tiada Iman dan Amal Soleh/ah, setiap manusia akan dikembalikan ke serendah-rendah tempat golongan yg rendah (neraka).*** Hargai akal, ciptaan Allah yg hebat, dengan Berfikir Sebaiknya(banyak Ayat AlQuran, Hadis, pesanan salaf mahupun ulama terkemudian menyentuh tentang ini, termasuk yg banyak tersebar di kalangan pembaca, Usul 20 Imam Hassan AlBanna.Rajin-rajin berfikir, kita tak ramai, sedangkan musuh Allah bersatu menentang agamaNya.Ada masa perlu berdakwah dgn lembut, ada masa perlu kemantapan hujah, ada masa perlu memerah keringat, semuanya perlu kepada akal yg tajam dan cerdas.Cari pelajaran dari alam, Cari pelajaran dari haiwan, Cari pelajaran dari orang ramai,Belajar dari Pengalaman dan Sejarah. Terlalu banyak perkara boleh kita pelajari.*** Hargai akal dengan berfikir setajam mungkin, kecuali pada perkara yg terlarang seperti berfikir tentang zat Allah *** Hargai akal dengan tidak berfikir melampaui batas, sehingga mendahului ketetapan syariat Allah, AlQuran dan Hadis.

3. Bercakap tentang Amal Soleh, setiap kita maklum, dalam Surah Al Mulk, bagaimana Allah menjadikan Kematian dan Kehidupan itu sebagai ujian kepada setiap hambaNya.Agar zahir, siapa yg Paling Baik Amalannya (Ahsanu 'Amala)***Amal Soleh laksanakan yg Sunnah, tambah dengan kebaikan-kebaikan yg perlu utk merawat masalah ummah, hargai akal yg mampu memikirkan cara utk membimbing diri sendiri dan ummah.*** Amal soleh tidak hanya solat puasa dan qiam semata,bahkan termasuk dalam amalan seharian, bagaimana sikap kita ketika melakukan sesuatu.Tapi, hari ini manusia semakin jauh daripada wahyu, bila berkata-kata, dia berbohong.kalaupun tidak berbohong, dia berlagak,Kalaupun tidak berlagak, dia mencarut.Sayang sekali, kadang-kadang kita mengaji Quran, mengaji ilmu tapi kita tidak ada Tadabbur (penelitian).Sedangkan Allah berfirman ;"Maka apakah mereka tidak menghayati AlQuran, atau hati mereka sudah terkunci?"(Surah Muhammad, 47:24)"Tiada peringatan/ayat yg didatangkan kepada mereka melainkan mereka Dengar sambil Bermain-main.. Dengan keadaan Hati mereka Lalai (dari Memahami dan Mengamalkan maksudnya)"(Surah Al-Anbiyaa', 21:2-3)Berkata Al-Hasan bin Ali r.a ;“Generasi sebelum kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai risalah (surat) dari Tuhan mereka.Mereka bertadabbur pada waktu malam. Dan beramal dengan hukum hakamnya pada waktu siang”.Rasa sedih, rasa kesian, melihatkan kerosakan yg semakin parah dari hari ke hari,Dalam masa yg sama kita merasa lemah kerana banyak kekurangan, kerana kita sedar siapa kita, setara mana ilmu kita ada, dan di zaman apa kita sedang hidup.Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabat,Baca Al-Quran, hari-hari.Jangan putus asa kalau kita rasa kita tak nampak perubahan sekelip mata,Cuba baca maknanya, buka kitab-kitab Tafsir,Hadiri kelas-kelas pemantapan kefahaman dalam agama (Orang sekarang biasa panggil Tafaqquh Fid Din)Banyakkan berbincang tentang ilmu-ilmu dari AlQuran dan Hadis, agar nanti tubuh semakin ringan untuk beramal.Bersendirian kita akan merasa lelah, kerana itu dekatilah sahabat dan teman yg baik.Renungkanlah kata-kata Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali rahimahullah berikut ;"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya!Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah.Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban.Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran".~wallahu'alam~

Friday, August 16, 2013

HALAWATUL UKHUWWAH

umrah februari 2013
Ibarat belajar memandu kereta, begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah. Pada awalnya agak kekok, lama-kelamaan terasa mesra pemanduannya. Kemesraan pemanduannya itu bukan tercapai sekali perjalanan. Tapi berkali-kali. 
Bahkan dalam sebuah perjalanan itu pasti ada silapnya. Tersalah masuk gear, terlaju masuk simpang, nyaris terlanggar orang? Macam-macam. 

Begitu juga perjalanan sebuah ukhuwwah. Tak selalunya suka, pasti turut ada duka.
Pentingnya saling percaya, menerima seadanya bagaimana individu-individu yang bersama dalam sebuah perjalanan itu. Kerana masing-masing ada cara tersendiri.
Maka mereka yang berada dalam sebuah perjalanan itu haruslah saling menasihati agar perjalanan itu lancar menuju destinasi.

Destinasi sebuah ukhuwwah? Sudah tentu redha Allah, sudah tentu ingin menatap kembali wajahnya di syurga Allah.

Surah Hijr ayat 46 hingga 48:

(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman".

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing.

Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

Sesungguhnya, sebuah perjalanan ukhuwah itu sungguh manis. Dan seandainya gula tahu betapa manisnya sebuah ukhuwwah berpaksikan Ilahi, pasti gula akan tersipu malu kerana manisnya tidak seberapa.

Wednesday, June 12, 2013

Waiting For The Call




Miles away, oceans apart
Never in my sight, but always in my heart
The love is always there, it will never die
Only growing stronger, a tear rolls down my eye

I'm thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my veins
To see my Muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day, everyone will get the chance
To be blessed with the greatest honour
Of being called to Your Noble House

Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from Your well
The challenge of Safa and Marwa
Rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)

Labbayka Allahumma labbayk (here I am, O Allah, here I am)
Labbayka la sharika laka labbayk (here I am, You have no partner. Here I am)
Innal hamda wanni'mata laka wal mulk (surely all praise, grace and dominion is Yours)
La sharika laka labbayk (No partner have You, here I am)
Labbayk(here I am)
Labbayk(here I am)


T__T

ADAB DAN SUNNAH BERMUSAFIR

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “ Bermusafir adalah satu penyeksaan.” Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak faedah. Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “ Bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung.” Dan satu riwayat lain, “Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera.”

Antara adab dan sunnah musafir adalah:

>> Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. Jika musafir tanpa arah tujuan, sudah tentu dia tidak menepati tujuan baik yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.

>> Jika seseorang ingin bermusafir, dia patut menunaikan solat sunat dua rakaat di rumahnya iaitu sebelum dia keluar. Sabda Nabi Muhammad s.a.w., “Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir adalah menunaikan solat dua rakaat.” Inilah langkah pertama yang dilakukan sebelum seseorang itu keluar dari tempatnya.

>> Rasulullah s.a.w. suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seseorang seharusnya tidak bermusafir pada hari Jumaat dan menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.

>> Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan.” Kebiasaannya perjalanan dipermudahkan pada waktu malam. Benarlah sabda Nabi Muhammad s.a.w. bahawa “jarak menjadi singkat di malam hari.”

>> Seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi Muhammad s.a.w. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda jugamembawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dinamakan Al-Midra yang digunakan untuk meleraikan rambut.

·     >> Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga dengan memohon penjagaan daripada Allah s.w.t.. Inilah sunah yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai oleh Allah s.w.t. yang takkan hilang jagaan daripadaNya.” Sesungguhnya Allah s.w.t. akan memelihara setiap jagaanNya.

·     >> Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir. Apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa mendoakan untuk kami.” Rasulullah s.a.w. sendiri meminta sahabat mendoakan untuknya.

·     >>Apabila keluar dari rumah, sunat untuk membaca basmalah. “Dengan nama Allah, aku beriman dan bertawakal kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Allah.” Riwayat lain, “Aku berpegang kuat kepada Allah.” 

>      >> Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir. Terdapat banyak doa dan zikir musafir.
·     
      >> Bagi yang bermusafir,jika mudah baginya agar memilih teman perjalanan yang baik akhlaknya. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar seorang daripada mereka menjadi ketua. Jika jumlah mereka tiga orang ke atas, mereka perlu bermesyuarat untuk memilih ketua untuk memimpin dan menyusun program perjalanan mereka. Inilah sunah Rasulullah s.a.w. yang makin dilupakan.

·     >> Sunat bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun ke paras rendah. Ketika menaiki kapal terbang, apabila ia mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita bertakbir dan bertasbih ketika turun. Begitu juga kalau kereta menaiki bukit, jejantas atau kawasan tinggi, sunat bertakbir ketika mendaki ke atas dan bertasbih ketika menurun.

·     >> Juga di antara sunah Nabi Muhammad s.a.w. ketika bermusafir ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah mendengar nyanyian. Sebagai bukti Nabi Muhammad s.a.w. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan, baginda inginkan kita dalam suasana yang baik, merehat dan menenagkan diri daripada suasana tegang yang mungkin akan dialami ketika bermusafir.
·         
      >> Apabila memasuki pekan atau kampung hendaklah berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Setiap kali baginda memasuki negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah permudahkan perjalanannya. Jika sunnah ini diamalkan, Allah akan lindungi setiap kali melalui sesuatu kawasan.
·     
      >> Nabi Muhammad s.a.w. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik dari musafir. Walaupun hadiah tersebut hanya kecil, tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak-saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang membawa hadiah tetapi siapa di antara kita merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah s.a.w.

Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalanan kita perjalanan yang luar biasa, dipenuhi dengan pelbagai manfaat dan mencontohi penhulu para nabi, Muhammad Rasulullah s.a.w. 

Rujukan: Fattabiouni Malaysia

Tuesday, June 11, 2013

ISTIWA

Matahari istiwa di atas Kaabah adalah fenomena apabila Matahari berada tepat di atas titik zenit Kaabah. Fenomena ini juga dipanggil sebagai Istiwa A'zam. Bayang-bayang objek di mana-mana tempat di Bumi yang menerima cahaya Matahari ketika Istiwa A'zam boleh menjadi panduan arah kiblat. Ini disebabkan pada ketika itu bayang-bayang objek yang tegak akan menghala ke arah Kaabah.


Tarikh dan Masa Istiwa A'zam
Matahari Istiwa di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun di Malaysia pada

  •  28 Mei jam 5.16 petang waktu Malaysia
  •  16 Julai jam 5.28 petang waktu Malaysia




Arah kiblat mengikut bayang. Ingat, pada tarikh dan waktu itu sahaja cara ni boleh guna untuk tentukan kiblat. Awal atau lewat walaupun seminit, bayang akan berubah sedikit kerana matahari pun dah condong sedikit. Moga bermanfaat.

Monday, May 27, 2013

P A L I N D R O M E

Pernahkah anda dengar tentang "Palindrom" ?

Istilah palindrom bermaksud perkataan yang boleh dibaca dari depan ke belakang dan dari belakang ke depan. Umumnya perkataan yang mempunyai ciri-ciri palindrome ini amat sukar untuk ditemui dan dikesan. Malah untuk mencipta satu perkataan akan memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bahasa. Contoh-contoh ayat palindrome dalam dunia ini yang telah dicipta oleh ahli sasterawan dunia ialah:

-civic, level, racecar, rotator, Malayalam
-Was it a rat I saw?
-Mr. Owl ate my metal worm
-58285
-20/02/2002

Contoh di atas adalah hasil ciptaan manusia setelah sekian lama mereka mendalami ilmu bahasa. Tapi apa kaitannya dengan Al-Quran? Inilah hasil kajian beberapa ulama-ulama di seluruh dunia. Berikut adalah palindrome yang dijumpai dalam Al-Quran:

-كل في فلك ( dalam surah yassin ayat 40 dan surah anbiya' ayat 33)
-ربك فكبر ( dalam surah al-muddasir ayat 3)

Fenomena yang lebih menarik dari palindromes digunakan dalam Al-Quran adalah konteks di mana mereka digunakan. Dua ayat pertama di atas ( dalam surah yassin ayat 40 dan surah anbiya' ayat 33), contohnya, berbicara tentang gerakan fizikal Matahari dan Bulan. Gerakan itu menjadi orbit dengan masing-masing mempamerkan tubuh semacam palindrom virtual. Tak faham? Maksudnya, matahari dan bulan tu, kalau depa pusing patah balik pun, depa tetap duk kat orbit tu jugak. Serupa macam palindrom la.

"Sebagai contoh, satu ayat di dalam Al Quran yang terlibat dalam sebuah perbincangan besar adalah ayat ربك فكبر, "Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya!".

Al Quran adalah gabungan antara seni dan isi. Isinya begitu cantik dan ayat tersebut menerangkan tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan.

Apa yang menariknya ialah ayat "ربك فكبر" adalah ayat palindrom. Dalam erti kata lain, sebutan ayat tersebut tetap sama walaupun ia diterbalikkan. Jadi Al Quran menyuruh kita memuji kebesaran Tuhan dalam cara yang berkait dengan linguistik bahasa.

Namun, apabila kamu ingin membuat sebuah palindrom dalam bahasa Inggeris seperti "Race car", "Bob", "Dad", ataupun apa-apa yang berkaitan. Mungkin senang kita nak buat satu atau dua perkataan yang palindrom, tapi kalau satu ayat?

Terdapat beberapa contoh di dalam Quran dan perlu diingatkan bahawa isi Al Quran tidak berubah kerana ia saling bersambung antara satu sama lain. Walaupun begitu, masih terdapat palindrom di dalamnya! Ini baru saja satu contoh antara banyak lagi contoh lain di dalam Quran yang menunjukkan kecantikan bahasanya.

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan bahawa seseorang itu perlukan kepakaran bahasa yang tinggi untuk mencipta ayat yang sungguh sempurna dan hebat. Namun begitu kenapa masih ada orang yang berkata bahawa Al-Quran adalam kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdullah? Sedangkan Muhammad bin Abdullah adalah seorang yang tidak boleh membaca. Ini berdasarkan dalil di dalam Al-Quran:

"Dan engkau (Wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah Kitab pun sebelumnya dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (Kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu)." [Al-‘Ankabut:48]

Hal ini telah membuktikan bahawa Al-Quran bukan kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdullah tapi Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat Qadim (sedia) dan diturunkan kepada junjungan besar Muhammad SAW selama 23 tahun. Penemuan ini bagaimanapun hanyalah seperti dihujung bongkah aisberg yang besar kerana masih banyak lagi kehebatan dan keindahan Al-Quran yang masih belum ditemui. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana dialah Tuhan yang Maha Agung dan Tuhan Yang Satu.

Wallahu'alam...

Wednesday, April 3, 2013

New Toy



setelah sekian lama, dapat jugak akhirnya. alhamdulillah. hasil perkongsian dengan sista terchenta..hahaha

Tuesday, April 2, 2013

“I Love You Allah.” Bagaimana Ekspirasikannya?


Menurut Ibn Qayyim, cinta ada 3 jenis:

  Cinta kepada Allah adalah cinta teragung ()

  Cinta kerana Allah mampu menghantar kepada redha Allah ()

  Cinta bersama Allah adalah menyamakan cinta lain dengan cinta Allah. ()

Cinta bersama Allah seolah-olah meletakkan perkara lain lebih utama daripada Allah. Dan ini sangat bahaya kerana boleh menjerumuskan seseorang ke dalam syirik. Nauzubillah. Dan Allah telah memberi amaran dalam surah at-Taubah ayat 24 kepada sesiapa yang melebih-lebihkan perkara lain selain Allah.



Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


5 step untuk ekspirasikan cinta kepada Allah:

  Kenal Allah

  Berbaik sangka pada Allah

  Cintai apa yang Dia cintai

  Benci apa yang Dia benci

  Agungkan Dia dengan sebenar-benar keagungan


Apabila kenal Allah, maka perasaan cinta kepadaNya akan wujud.

Bagaimana nak kenal Allah? Semestinya melalui Asma ul-Husna.Sesungguhnya Allah memiliki kesempurnaan yang mutlak. Kita tak mampu melihat zat Allah. Namun harus diyakini bahawa zat Allah tak sama dengan apa yang terjangkau oleh pemikiran kita. Sebagaimana firman Allah dalam surah as-Syuura ayat 11:




Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 186 :



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

*********************************ustazahfatimahsyarha*************************************