REVIEW khas untuk #sabahbesttravel
#sabahredho #percutianamilysabah
Bukan senang nak dapat mood menulis
ni. Setahun sekali je mood tu datang. Maka beruntunglah Sabah Best Travel // Sabah Redho Travel Tour
kerana kali ini saya akan tulis special review untuk mereka.
Disebabkan promo Air Asia teramat
murah, maka kami geng 3P (baca triple P) memutuskan untuk ke Sabah pada cuti
semester 7 yang lalu. Dah tahun akhir kan, nak berjalan je la kerjanya. Konon
nanti dah tak jumpa lagi lepas habis belajar. Ok kami dapat tiket pergi balik
dari KUL-BKI-KUL RM78/pax. Murah gila kan!
Kami pergi 16 orang, 7 lelaki 9 perempuan. Jadi kami ambil 2 homestay, 1
URVAN dan 1 MPV. Lepas dah survey banyak2 travel agencies, kami decide nak guna
service #sabahbesttravel. Fazari Sazali (Abi) nama owner dia ni. Sepanjang
berurusan dengan dia, awal-awal tu ok je takda masalah. Whatsapp pun laju je
balas. Bila dah bank in deposit, mula buat hal. Nak cancel memang tak la. Tak
pasal-pasal duit burn. Overall masalah yang kami hadap saya ringkaskan seperti
di bawah.
1. Bayar deposit awal November tahun 2015.
Travel pertengahan Januari 2016. Janji nak bagi resit, tapi sampai ke sudah tak
dibaginya. Masa minta duit bukan main suruh cepat. Lepas bayar, diam terus.
Banyak kali saya ws minta resit tapi alasan dia bagi, sibuk bawa customer, dan
janji nak bagi lagi beberapa hari. Asyik repeat the same excuse until the end,
no receipt at all. Lepas tu diam terus. Saya ws dan call banyak kali langsung
tak berbalas. Akhirnya dia blok nombor phone saya (sebab kawan saya ws acah2
nak book service dia laju je balas).
Akhirnya awal
Januari baru dia balas ws saya (itu pun lepas saya gertak dan contact dia guna nombor
lain)
2. Trip kami 16 orang. So dia janji nak
bagi 1 URVAN, dan 1 Exora include minyak dan driver. Sampai di airport, Proton
Exora tak ada tapi diganti dengan Perodua Alza (ok takpe yg ni masih boleh
terima). Oh ya. Malam sebelum berlepas tu dia ws saya tanya siapa yang akan
drive kereta. Saya pun terkejut dan argue balik sebab dia janji harga yang kami
bayar tu include driver dan minyak. Rupa-rupanya itu hanya untuk van sahaja.
Saya pun malas nak gaduh panjang kata ok je (dah mula marah, but still sabar
lagi). He supposedly clearly state that earlier sebab masa saya tanya driver
utk both van dan mpv ke and he just said ‘ya’. Marah juga sebab kami tak ada
peruntukan duit minyak.
3. Dalam itinerary sepatutnya kami akan bermalam di Kundasang
pada hari kedua. Tapi bila sampai di airport, Abi tu kata ubah tentatif dan
kami akan bermalam di Kundasang pada hari ketiga iaitu pada malam terakhir. (We
totally got NO problem regarding this issue. Lagi senang tak payah pindah
randah banyak kali.)
Malang sekali
lagi, kami tak jadi bermalam di Kundasang. Alasan dia bagi, paip air besar di
Kundasang pecah dan sebahagian besar kampung- kampung di situ bekalan airnya
terputus termasuk di kampung yang akan kami bermalam. Katanya mungkin bekalan
air akan pulih lagi 2-3 hari. Kami pun ok kan aje sebab kononnya bukan salah
dia la kan. Sampai hari trip kami ke Kundasang, kami perhatikan, air ada je di
tandas-tandas awam. Dan driverguide kami kata dia tak tau pun ada paip pecah.
Dan kawan-kawan dia yang memang orang Kundasang pun tak tau paip besar
Kundasang pecah. Menurut mereka, bekalan air ok je. (Dari situ kami mula syak
yang dia ni sebenarnya tak dapatkan pun homestay kami di Kundasang. Mulanya
kata tukar tentatif, lepastu paip pecah. Tak pelik ke kan.)
4. Lepas dah kecewa tak dapat bermalam di
Kundasang, driverguide yang sangat sporting tu pun cadangkan mulakan trip seawal
4 pagi. Dia sendiri willing nak gerak awal. Katanya view puncak Kinabalu paling
best adalah sesudah matahari terbit. Jadi kami pun setuju. Tapi dia minta kami
maklumkan pada Abi. Dipendekkan cerita, kami tak jadi gerak pukul 4 pagi dan terpaksa tukar kereta sebab dia
kata Alza yg kami guna tu dah didaftarkan untuk ke Labuan. Dia tak minta maaf
langsung. Sebelum tu macam-macam alasan dia bagi tak bagi kami gerak awal
(alasan-alasan dia bagi semua tak logik dan nampak sangat menipu).
5. Island hopping kata RM25/pax. Tiba-tiba
malam sebelum tu jadi RM75/pax. Lari bajet, tak jadi pergi. Terkilan juga tak
pegi. Sabah kan memang terkenal dengan pulau-pulau yang cantik.
6. Last but not least, refund homestay
Kundasang. Disebabkan homestay KK lagi murah, jadi dia sepatutnya pulangkan
RM100. Masa dia kata tak jadi bermalam di Kundasang, dia janji nak bayar refund
secepatnya. Tapi sampai akhir trip, dia tak muncul-muncul. Harapnya dapatla
jumpa dia di airport. Tapi tak datang juga. Bawa orang katanya. Alasan yang
sama. Bila call, janji nak bank in paling lewat esoknya. Tapi hampir dua minggu
juga baru dia bank in. Hari-hari dok whatsapp dia suruh tanser cepat. Tapi alasan
demi alasan dia bagi. Dan dia Cuma refund RM70 sahaja. Kurang RM30 alasan
minyak Alza yang kami tukar tu tak cukup satu bar. Habis dia ingat minyak dia
bagi tu cukuplah? Baru jalan tak sampai simpang turun juga satu bar. Menyampah.
Malas nak gaduh.
Jadi kesimpulannya, #sabahbesttravel
#sabahredho #percutianamilysabah #sabahredhotraveltours ni orang yang sama
dan jangan sesekali book trip Sabah dengan makhluk Fazari Sazali ni.
Sabah memang
best, malangnya service yang kami dapat sangat teruk. Tapi, tak sesekali spoil
mood kami di sana. Mujur ada drierguide yang memahami.
Bukan nak
memburukkan, tapi taknak orang lain terkena. Dan kalau owner sabahbesttravel sabah
redho travel baca entry ni, saya harap anda berubahla ya. Terlalu banyak
lompong dalam service kamu.
Sekian.